Thursday, June 28, 2018

Langkah-langkah buka akaun bisnes lebih mudah tanpa deposit di Bank Islam

Bagi tujuan bisnes adalah lebih mudah mengasingkan akaun bisnes dengan akaun peribadi supaya memudahkan kerja-kerja audit akaun bisnes. Pembukaan akaun bisnes juga merupakan satu keperluan yang  perlu dipatuhi oleh orang bisnes memandangkan penggunaan akaun peribadi untuk menerima deposit akan menyebabkan akaun peribadi diblok oleh pihak bank. Pihak bank boleh mengenal pasti pemilik akaun semasa yang menyalahgunakan akaun untuk tujuan bisnes. Justeru, dinasihatkan bagi yang menjalankan bisnes sama ada kecil-kecilan supaya membuka akaun khusus untuk tujuan perniagaan.

Langkah-langkah membuka akaun bisnes di Bank Islam

1) pergi ke cawangan Bank Islam yang berdekatan. Bawa bersama dokumen:
  a) lesen SSM
  b) kad pengenalan

2) Amik nombor giliran seperti biasa. Isikan borang pembukaan akaun bisnes (perlu minta kepada petugas di kaunter).

3) Serahkan borang permohonan. Pemohon perlu menunggu panggilan telefon daripada pegawai bank untuk urusan pembukaan akaun seterusnya. Kebiasaannya dalam tempoh 2-3 hari atau dalam tempoh sebulan selepas menghantar borang. (menurut pegawai terbabit, ianya bagi menyemak sama ada anda mempunyai ccris, ctos atau hal-hal lain)

4) Selepas dipanggil oleh pegawai bank untuk datang membuka akaun, pergi sekali lagi ke bank, amik nombor dan seterusnya akan diselesaikan pembukaan akaun bisnes.

5) Anda akan diterangkan tentang no akaun dan keistimewaan serta langkah2 yang perlu untuk pengeluaran duit.

6) selesai dengan mudah dan cepat untuk membuka akaun bisnes tanpa deposit di Bank Islam.

No comments:

Post a Comment

Kenali apa itu pedofilia

Apa itu Pedofilia? Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara sek...